APA ITU INTERNET?  

Posted by Quote de Unquote Group

Semakin kita menuju ke era moden, internet juga sedemikian iaitu bergerak seiring dengan teknologi dunia. Secara umumnya, internet mampu mencipta revolusi dalam kalangan masyarakat, sistem ekonomi dan juga sistem teknologi. Tiada siapa yang tahu akan sejauh manakah kemampuan internet, dalam bentuk apakah internet mempengaruhi masyarakat dunia. Selain itu, kewujudan internet juga tidak boleh dipandang rendah sama sekali kerana internet mempunyai fungsinya yang tersendiri dari segi pelbagai aspek.

Pembangunan teknologi telah membuatkan masyarakat disekeliling dunia menjadi lebih rapat daripada sediakala. Ketika revolusi perindustrian berlaku, mesin telah diwujudkan bagi menyenangkan proses perindustrian iaitu mengehadkan tenaga manusia serta haiwan dalam menjalankan aktiviti seharian demi pembangunan negara. Manakala ketika dunia infomasi baharu berlaku iaitu zaman kini, masyarakat telah diserapkan pula dengan pemikiran tentang penggunaan teknologi yang bersifat komputer. Oleh itu, secara tidak langsung, kewujudan internet berlaku ketika dunia pesat membangun dengan infomasi yang tiada sempadan sehingga mewujudkan penyatuan ilmu dalam bidang komunikasi dan juga pengkomputeran yang boleh menyediakan sambungan yang cepat dan perkhidmatan infomasi secara meluas dengan kos yang lebih rendah.


Internet merupakan satu daripada sistem rangkain komputer yang terdapat diseluruh dunia. Rangkaian yang dimaksudkan ialah rangkaian yang terdapat dalam sesebuah komputer yang membolehkan seseorang itu mendapat segala jenis infomasi yang diperlukan. Advanced Research Project Agency (ARPA) milik kerajaan Amerika Syarikat adalah merupakan peneraju internet diseluruh dunia iaitu pada tahun 1969 dan pada ketika itu internet dikenali sebagai ARPANet. Tujuan asal ARPANet diwujudkan adalah bagi mewujudkan rangkaian yang membolehkan para pengkaji berhubung antar pengkaji lain bagi mendapat sebarang maklumat yag berkaitan dengan kajian mereka. Selain itu, ARPANet juga direka supaya mesej yang disalurkan oleh para pengkaji kepada pengkaji lain dapat diterima dengan mudah dan cepat tanpa sebarang gangguan sama ada dari pihak tenter mahupun bencana alam.



Oleh itu, internet adalah suatu jaringan yang global yang terbentuk dari jaringan-jaringan komputer lokal dan regionla, yang memungkinkan komunikasi data antara komputer-komputer yang terhubung ke jaringan tersebut. Sebuah komputer. Tetapi masa kini, internet lebih bersifat umum iaitu masyarakat mampu melayari internet kerana internet tidak lagi dihadkan hanya untuk para pengkaji di Amerika Syarikat. Malah masyarakat seluruh dunia berupaya menggunakan perkhidmatan internet melalui rangkaian yang ada pada komputer masing-masing.


Namun begitu, dengan adanya internet di persada dunia, ia seringkali dikaitkan dengan globalisasi. Tiada definisi yang tepat mengenai globalisasi. Globalisasi boleh dirujuk sebagai 'one of those trcky words, one of those instrumental notions that, under the effect of market logics and without citizens being aware of it, have been naturalized to the point of becoming indispensable for establishing communication between people of different cultures' (Armand Mattelart,2000). 


Internet dikaitkan dengan globalisasi kerana pada awalnya internet hanya digunakan di Amerika Syarikat. Apabila masyarakat mula sedar tentang penggunaan internet dalam kehidupan seharian mereka, interner menjadi medium utama dan terus disebarkan ke seluruh dunia dengan pesat. Hal ini dapat dikaitkan dengan globalisasi kerana globalisasi merujuk kepada sesuatu keadaan yang memberi impak kepada sesiapa yang berada di muka bumi ini. Situasi ini dapat dilihat melalui penyataan daripada John Beynon dan David Dunkerley. 'globalization, in one form or another, is impacting on the lives of everyone on the planet...globalization might justifiably be claimed to be the defining feature of human society at the start on the twenty-first century' (John Beynon dan David Dunkerley,2000) 


Bibliografi
1. Robert E.Kahn and Vinton G.Cerf (December,1999). What Is The Internet (And What Makes It Work).
2.  John Beynon and David Dunkerley (2000). Globalization: the Reader

Dibuat oleh :
Aishah Sarah Binti Ismail Affendee (107845)


This entry was posted on Monday 31 October 2011 at 06:34 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment