Era Digital - Teknologi Masa Depan?  

Posted by Quote de Unquote Group

Jika pada masa kini manusia sudah 'dibelai' dengan pelbagai teknologi canggih, sudah tentu pada masa hadapan teknologi akan lebih bertambah canggih serta dipenuhi dengan teknologi digital sehinggakan segala urusan harian dapat berjalan dengan lebih lancar. Walaubagaimanapun, era digital masih belum satu kenyataan pada masa kini jika kita hanya masih mampu membayangkannya sahaja.


Baru-baru ini, pihak Microsoft telah menyiarkan satu video berkonsepkan teknologi masa depan. Video ini adalah visi Presiden Microsoft, Kurl Delbene tentang dunia teknologi 10 tahun kemudian. Petikan daripada KabarIT (Jumaat, 28/10), Delbene menyatakan "Semua idea-idea dalam video berdasarkan pada teknologi yang nyata. Beberapa kemampuan, seperti pengenalan suara, kolaborasi real time dan visualisasi data sudah ada saat ini. Lainnya belum tersedia dalam produk tertentu, namun merupakan penelitian dan pengembangan aktif di Microsoft dan perusahaan lain." Berikut adalah video 'Productivity Future Visions 2011' oleh officevideos:



Sungguhpun begitu, ada dakwaan yang menyatakan bahawa terdapat teknologi masa depan yang sudah wujud pada masa kini. Berikut adalah video '10 Future Technologies That Already Exist' daripada alltime10s:



Samsung juga tidak terkecuali dalam mengejar arus teknologi terbaru. Mereka menggunakan konsep Life and Style sebagai strategi pemasaran mereka. Konsep teknologi ini dikatakan dapat meningkatkan taraf kehidupan manusia pada masa hadapan. Mari kita lihat pula video 'Future Life and Style, future teknologies by Samsung' oleh samsunggalps:




Tidak kiralah apapun strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat teknologi, yang pasti kebanyakan manusia yang cintakan teknologi sudah tentunya ternanti-nantikan saat semua produk-produk teknologi terkini 
keluar di pasaran. Ini adalah kerana, tidak kira apapun teknologi tersebut; asalkan ia canggih dan mampu mempermudahkan urusan harian, maka sudah pasti ia diidam-idamkan oleh semua para pengguna.

Rujukan:
1) http://kabarit.com/2011/10/gambaran-teknologi-masa-depan-versi-microsoft/
2) http://futuretechnologytrends.com/

Oleh: AIDA ILANI BINTI MAHALLEY [107843]

Masa depan teknologi? Masa depan kita?  

Posted by Quote de Unquote Group

Teknologi semakin berkembang dengan lebih cepat, lebih pantas dan masa depan seolah-olah tiada batasan untuk kebanyakan sektor, yang mempunyai ramai tertanya-tanya apa masa depan bagi masyarakat kita


Berbanding dengan masa sepuluh tahun yang pendek lalu, tahun in 2011 adalah jauh lebih berkembang dan canggih dari segi teknologi. Kehidupan semua orang telah menjadi semakin senang dan mudah dengan bantuan teknologi. 

Sebagai contoh :
 


Kita tidak perlu beratur panjang untuk membayar pelbagai jenis bil setiap. Segala pembayaran dapat dilakukan melalui internet. Ini telah menjimatkan masa dan menyenangkan para pengguna.





 



Perkhidmatan ini adalah paling digemari oleh semua orang terutamanya kepada kumpulan yang sibuk dengan kerja. Sekarang kebanyakan kedai juga menyediakan perkhidmatan ini untuk menarik lebih banyak pelanggan. Pelanggan hanya duduk di rumah, memilih barang yang ingin dibeli, membayar dan barang akan hantar terus ke rumah.
Salah satu perkembangan yang paling jelas adalah penggunaan iphone atau smartphone yang semakin biasa dalam kalangan masyarakat. Masyarakat tidak lagi memegang kepada telefon yang hanya mempunyai fungsi menelefon sahaja. Smartphone dan iphone sekrang mempunyai pelbagai fungsi yang berguna dan menarik. 

Tahap kemajuan dalam pelbagai bidang telah membawa banyak perubahan kehidupan semua orang. Jadi, adakah ini akan terus berkembang dan seterusnya membawa lebih banyak perubahan yang tidak dapat disangka kepada masyarakat atau seluruh dunia. Rasanya jawapan adalah "ia".

Kita sering dapat lihat dari drama, filem atau baca dari novel bayangan masa depan yang penuh dengan teknologi yang sangat canggih dan tidak dapat kita bayangkan sekarang. 


Kita tidak lagi membawa kereta yang menggunakan petrol yang mahal dan tidak mesra alam. Kita akan membawa kereta yang menggunakan tenaga matahari?
Atau tidak perlu merasa tekanan atau marah dengan kesesakan jalan raya yang dahsyat?













Pembantu rumah tidak lagi diperlukan? Sebab kita akan mempunyai pembantu rumah yang paling rajin dan taat di rumah?









Segala kerja yang susah tidak lagi kita risau. Sebab pembantu rumah pada masa depan akan menyelesaikan segalanya? Tidak kira kerja itu melibatkan air, api, tanah, harus panjat, lari.......

Dalam masyarakat masa depan, iphone atau smartphoen mungkin dikategorikan sebagai mainan yang ketinggalan zaman. Ini disebabkan kita akan mempunyai alat komunikasi yang lebih senang debawa dan mudah diguna?



Mungkin pada masa depan yang tidak lama kemudian, kita dapat menyiapkan kerja dengan bantuan pancaran cahaya, deria sentuhan atau suara?









Kita semua mempunyai bayangan yang tidak sabar untuk kehidupan yang seperti ini. Walaubagaimanapun, semua ini adalah memerlukan tempoh masa yang panjang untuk mencapaikannya. Dan kehidupan masyarakat yang akan datang dengan teknologi ini adakah betul-betul hanya membawa kebaikan kepada masyarakat? Adakah ini dapat membawa manfaat yang sebanyak mungkin kepada seluruh masyarakat?

Jawapan yang jelas adalah dalam hati kita.

Tetapi salah satu perkara yang kita dapat mengesahkan adalah, kehidupan kita menjadi lebih mudah dan selesa dengan bantuan pelbagai teknologi yang maju.


Rujukan :



Oleh: LEONG SIN MUN   [ 107879 ]

Faktor Laman Sosial Jadi Medium Sebar Maklumat  

Posted by Quote de Unquote Group


      Laman sosial bukan sahaja menjadi medium untuk masyarakat berkomunikasi malah ramai yang telah sedia maklum bahawa pada masa kini laman sosial telah menjadi medium utama yang digunakan oleh masyarakat untuk menyebarkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses dengan cepat, dan mudah. Internet telah memainkan peranan yang begitu penting sehingga membolehkan masyarakat untuk mengakses terus segala maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari.

sumber : Google Images

      Dengan perkembangan teknologi masa kini, pelbagai laman sosial telah wujud dan ianya memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih medium terbaik untuk mereka gunakan.. 

sumber : Google Images

      Kebanyakan pengguna memilih untuk menggunakan laman sosial bagi menyebarkan maklumat kerana, ianya tidak menggunakan kos, menjimatkan masa dan tenaga, mendapat reaksi yang cepat dan ianya dapat mencapai target audiens yang dikehendaki.

      Laman sosial seringkali menjadi pilihan oleh beberapa golongan tertentu bagi menyebarkan maklumat seperti maklumat tentang diri mereka, perkhidmatan yang ditawarkan, produk, iklan, berita online, isu-isu terkini, perniagaan online, dan sebagainya.

      Di Malaysia, terdapat beberapa laman sosial yang menjadi pilihan utama masyarakat untuk akses kepada pelbagai maklumat. Disini  disertakan senarai "top-ten" laman web yang sering menjadi pilihan masyarakat di Malaysia.



Golongan Yang Menggunakan Laman Sosial Untuk Menyebarkan Maklumat

Ahli Politik

Di Malaysia, terdapat ahli-ahli politik yang menggunakan laman sosial bagi menyebarkan agenda-agenda dan ideologi poitik mereka. Melalui laman sosial tersebut juga, masyarakat akan dapat mengetahui tentang perkembangan ahli politik serta isu-isu politik semasa.

Peniaga

Laman sosial juga digunakan oleh peniaga untuk menjual barangan mereka. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang perniagaan. Terdapat juga peniaga yang melakukan perniagaan online iaitu melalui internet. Perniagaan sebegini makin mendapat sambutan kerana prosesnya yang mudah dan cepat.




Pengamal Periklanan


Pengamal periklanan juga tidak ketinggalan untuk menyebarkan iklan produk pelanggan mereka bagi menarik perhatian pengguna. Laman sosial telah menjadi pilihan utama mereka untuk memasarkan iklan kerana laman sosial menjadi tumpuan masyarakat dunia. Untuk memasarkan iklan dalam laman sosial mereka memerlukan kretiviti bagi menghasilkan iklan yang menepati citarasa pengguna. Pelbagai jenis iklan dapat dihasilkan samaada  iklan berbayar atau tidak, iaitu yang dipamerkan di dalam sesebuah laman sosial mahupun iklan berbentuk cerita pendek/video.

Google Images

contoh iklan alam laman sosial You Tube : TOYOTA
                                                                DIGI

Penulis Blog

Blog juga merupakan salah satu laman sosial yang paling kerap diakses oleh masyarakat di Malaysia. Penulis blog terdiri daripada individu mahupun berkumpulan. Penulis blog banyak berkongsi maklumat-maklumat tertentu seperti isu-isu semasa, tentang diri mereka, artikel atau rencana dan pelbagai lagi bahan lain. Melalui pendedahan sebegini masyarakat akan dapat menambah lebih pengetahuan tentang sesuatu perkara.



Laman sosial telah menjadi medium terpenting kepada masyarakat pada masa kini untuk mendapatkan maklumat. justeru, pengamal laman sosial perlulah menggunakan kemudahan laman sosial ini secara betul agar tiada bahan maklumat yang tidak berfaedah diperolehi oleh pengguna. 




Rujukan :

Google Images
You Tube Video

GLOBALISASI DAN LAMAN SOSIAL MASA KINI  

Posted by Quote de Unquote Group


Menurut Armand Mattlelart, globalisasi merupakan suatu perkataan rumit dan tanggapan yang memberikan kesan kepada pasaran dan dunia tanpa masyarakat menyedari kewujudannya. Sambunganya lagi, fenomena globalisasi ini telah menjadi suatu perkara yang amat diperlukan oleh masyarakat dalam membina hubungan komunikasi antara seseorang individu ataupun masyarakat daripada budaya yang berlainan.


Dengan tercetusnya fenomena globalisasi, kemasukan media baharu telah dapat dikesan. Internet merupakan contoh yang tepat sekali untuk menerangkan media baharu. Apakah itu Internet yang dikaitkan dengan media baharu? Rangakaian Internet adalah suatu rangkaian yang terbaru, paling banyak dibincangkan dan lebih-lebih lagi merupakan suatu rangkaian yang paling bermakna dalam media baharu. ( Flew, 2002 ).

Kewujudan media baharu telah menjadikan penumpuan terhadap komunikasi dan media sosial menjadi suatu kebiasaan kepada setiap golongan individu. Namun, kewujudannya kurang disedari oleh masyarakat dan hanya segelintir yang mengambil peluang untuk memanfaatkan kelebihan yang dibawa oleh globalisasi.
Impak yang dibawa oleh globalisasi telah menghapuskan halangan komunikasi yang dahulunya berlaku dalam kalangan masyarakat! Kini, individu-individu yang mempunyai minat dan kegemaran yang sama selain berasal dari setiap pelosok dunia mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain tidak kira budaya dan bahasa yang digunakan. Kehadiran globalisasi dalam era teknologi ini, telah membawa rangkaian media baharu iaitu Internet. Daripada kewujudan Internet,  laman-laman sosial seperti Facebook telah mula diwujudkan. Ini menjadikan komunikasi sudah tidak lagi mempunyai HALANGAN!

Sebagai contoh, untuk menunjukkan bahawa komunikasi antara individu sudah tidak lagi mempunyai batu penghalang ialah dengan penggunaan laman sosial Facebook. Facebook kini sudah menjadi tren dan untuk difahami dengan lebih jelas, laman sosial Facebook telah menjadi darah daging dalam diri setiap individu tidak kira peringkat umur. Ada di antara rakan-rakan saya yang mempunyai ibu bapa mereka dalam senarai kawan-kawan mereka di Facebook. Ini bermakna Facebook bukan hanya ditakluki oleh golongan remaja masa kini, tetapi juga orang dewasa seperti ibu bapa kita, bapa dan ibu saudara serta tidak lupa juga kepada guru-guru dan pensyarah. Selain itu, rakan-rakan kita yang berada dalam  akaun Facebook kita juga ada antaranya berasal dari negara yang berlainan. Kebanyakan daripada individu kini gemar berkawan dengan individu-individu yang berasal dari luar negara atas minat dan kegemaran yang sama. Selain itu, ada lebih baik sekiranya kita mempelajari dan memahami budaya dan adat yang diamalkan di negara yang berbeza supaya sifat prejudis yang terdetik dalam diri kita berkenaan masyarakat negara lain dapat dihapuskan. Oleh itu, globalisasi yang wujud telah membolehkan kewujudan laman sosial yang memudahkan orang ramai untuk berhubung tidak kira warna kulit, jenis budaya dan bangsa. Kehadiran laman sosial Facebook dalam era globalisasi ini telah mewujudkan budaya komunikasi yang sangat mudah dan efisien. Sesiapa sahaja mampu untuk berhubung antara satu sama lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Namun, untuk berhubung, setiap individu perlu mempunyai kemudahan komputer dan juga sambungan talian Internet. Kini, individu tidak perlu bergantung kepada komputer untuk melayari Internet, penggunaan telefon bimbit telah menjadi medium kedua untuk berhubung menggunakan Internet.
Terima Kasih kepada pencipta laman sosial Facebook, MARK ZUCKERBERG... “ Due to your invention, our life are much more connected”








Globalisasi yang membawa pengaruh terhadap tingkat teknologi era ini, telah mewujudkan cara baharu untuk sesebuah perniagaan. Kaedah baharu perniagaan yang diperkatakan ini adalah perniagaan dalam talian. Dengan wujudnya perniagaan dalam talian ini, ahli-ahli perniagaan mudah untuk menarik potensi sasaran pelanggan mereka ke arah pasaran perniagaan mereka.





Perniagaan melalui talian yang dicetuskan melalui globalisasi membantu dalam menjimatkan masa, merapatkan jarak yang jauh dan memudahkan proses-proses kajian yang kompleks dalam sesebuah perniagaan. Di samping itu, perniagaan yang dijalankan menerusi talian “online” ini membolehkan komunikasi yang lebih efektif bersama pelanggan yang berpotensi dalam memberikan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. 
( Amir Milson, 2010 ).

Seperti yang dapat dilihat kini, masyarakat lebih gemar untuk melakukan pembelian “online”. Bagi mereka, kaedah ini lebih mudah dan amat bertepatan dengan gaya kehidupan mereka yang semakin hari semakin sibuk dengan hal-hal pekerjaan dan lain-lain. Tanpa disedari atau disedari, kesan globalisasi membawa suatu kesenangan dalam kalangan masyarakat.



Kesimpulannya, kehadiran globalisasi didorong oleh kewujudan Internet dan media-media sosial yang membolehkan seluruh budaya disebarkan di seluruh dunia tanpa ada batasan. Corak dan rentak dunia yang semakin seragam menyebabkan globalisasi berlaku di mana-mana sahaja dan fenomena ini kian hari kian tercetus dengan lebih cepat dan pantas. Keadaan ini mampu menghasilkan satu budaya yang tunggal di mana ciri-ciri setiap pelosok dunia mempunyai kesamaan.


RUJUKAN

1) Armand Mattlelart, The Idea of Globalization

2) Terry Flew, 2002

3) Amir Milson, 2010

4) Sofia Hayati, The Impact of Globalization Through Media



Disediakan oleh,

Cassandra Gail Pasqual ( 107854 )











LAMAN WEB SOSIAL  

Posted by Quote de Unquote Group

Laman Web Sosial- FACEBOOK


Facebook, laman web sosial yang popular pada masa kini. Ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kepada kebanyakan pengguna Internet. Facebook telah membolehkan orang ramai untuk berkongsi dan berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan. (http://www.facebook.com/facebook)

Berikut adalah beberapa statistik mengenai Facebook :
1.     1. Facebook mempunyai lebih daripada 800 million pengguna aktif.
2.     2. Lebih daripada 50% pengguna aktif melayari Facebook setiap hari.
3.     3. Secara purata, setiap pengguna mempunyai 130 kawan.
4.     4.  Lebih daripada 70 jenis bahasa digunakan dalam Facebook.
5.     5. Secara purata, lebih daripada 250 million gambar telah dimaut ke Facebook setiap hari.
6.     6. Malaysia mempunyai 11,816,200 orang pengguna Facebook iaitu 45.17% daripada populasi Malaysia.

Laman web Facebook telah dilancarkan oleh Mark Zuckerberg yang berumur 19 tahun pada 4 Februari, 2004. Pada masa itu, Zuckerberg merupakan penuntut tahun kedua Harvard University. Facebook mula-mulanya dinamakan sebagai “thefacebook.com” dan bertujuan untuk memberi ruang untuk penuntut Harvard membandingkan gambar-gambar penuntut wanita. Kemudian dimasukkan dengan beberapa fungsi yang ada pada masa sekarang. Contohnya menulis penyataan ringkas yang tidak melebihi 400 perkataan, berkongsi gambar dan lain-lain. Seminggu selepas pelancaran Facebook, Zuckerberg dituduh oleh tiga orang kawan dia bahawa dia telah mencuri idea mereka. Dakwaan ini berkembang menjadi satu kes apabila kawa- kawannya menyaman Mark Zuckerberg atas kesalahan kecurian dan penipuan. 

(http://www.businessinsider.com/how-facebook-was-founded-2010-3).


Walau bagaimanapun, Facebook telah membolehkan Mark Zuckerberg menjadi seorang jutawan yang paling muda di dunia. Pada November 2011, Zuckerberg berada pada tempat 52 dalam Forbes Billionaires. (http://www.forbes.com/profile/mark-zuckerberg/)
Mengikut pandangan Ithiel De Sola Pool dalam bukunya “The Technology of Freedom”, teknologi telah digunakan untuk kebebasan di mana lambakan informasi adalah bebas dari segi fakta regulasi dan juga dapat mewujudkan kekayaan, demokrasi dan komunikasi. Terdapat 4 revolusi dalam komunikasi iaitu penciptaan penulisan, pencetakan, telegraf dan “great revolution” oleh “intelligent machine”. Kini, masyarakat kita berada pada revolusi keempat iaitu “great revolution”. Orang ramai berkomunikasi dengan mesin yang canggih iaitu yang biasa dikenali sebagai komputer. Kita berhadapan dengan produk yang baru setiap masa. Facebook merupakan produk yang membolehkan orang ramai berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer dan internet tanpa sempadan.
Pool juga beranggapan bahawa teknologi komunikasi membawa revolusi dan mengubah struktur asas masyarakat dengan membawa banyak kemudahan kepada masyarakat dalam kehidupan mereka. Facebook telah memudahkan kehidupan masyarakat kerana ia membolehkan orang ramai berhubung tanpa sempadan dan mesej dapat dihantar dengan cepat sekali. Buat masa sekarang, Facebook masih menjadi pilihan utama laman web sosial oleh masyarakat.

RUJUKAN
6.      6.  Ithiel De Sola Pool, The Technology of Freedom,1983.

jjj    
      DISEDIAKAN OLEH :
TEOH HUOI CHIN ( 107949 )

















6.   

LATAR BELAKANG KEWUJUDAN LAMAN SOSIAL  

Posted by Quote de Unquote Group

LAMAN SOSIAL ?

Facebook ialah laman sosial utama di Internet pada hari ini. Dengan berbilion-bilion halaman yang tercipta setiap hari membuatkannya berada di tempat ke-6 paling banyak dilawati laman web dan mempunyai satu pangkalan pengguna yang kini berjumlah hampir 200 juta. Pengguna-pengguna boleh memuat naik satu profil dan gambar-gambar, membuat kaitannya kepada “friends”, menghantar mesej-mesej awam kepada yang lain, dan menambah permohonan yang meningkatkan pengalaman dalam talian mereka.  Adakah anda memahami definisi laman sosial dan perkembangannya?


Boyd dan Ellison mentakrifkan laman sosial dalam talian sebagai laman-laman web yang membolehkan pengguna membina satu profil yang menggambarkan diri mereka, menunjukkan yang mereka rasa bertalian, dan melihat hubungan lainnya ( Peter K.Ryan, 2011).
Banyak pengguna menyertainya dengan matlamat untuk menunjukkan laman sosial mereka, disambungkan kepada satu jaringan yang diperluas lebih besar, mendapat akses untuk kerja atau peluang-peluang pengembaraan, dan berkomunikasi dengan rakan-rakan secara geografi jauh.
Manakala bagi pengguna sederhana, satu laman sosial ialah satu aplikasi mudah yang tinggal dalam desktop atau Web browser.  Ia mengandungi satu muka surat log masuk, satu akaun pengguna, satu profil, dan sekumpulan permainan, serta alat-alat yang dapat meluangkan masa kita dengan rakan-rakan.
Laman sosial membolehkan manusia untuk mendapatkan akses kepada maklumat, sokongan dalam waktu keperluan, dan membentuk satu bahagian amat penting dalam kehidupan harian kami. Pada 2 dekad lalu, hubungan itu telah menjadi semakin lengkap oleh media dalam talian, mula dengan papan-papan mesej, seterusnya mengirim e-mel dan pesanan segera, dan sekarang berkembang ke dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan sebagainya. 


PERKEMBANGAN LAMAN SOSIAL

1995: Classmates.com ialah laman web media sosial yang dicipta oleh Randy Conrad. Laman web ini membantu ahli-ahli mencari, menghubung dan terus berhubung dengan rakan-rakan dan kenalan dari alam persekolahan. Classmates mempunyai lebih daripada 40 juta ahli aktif di Amerika Syarikat dan Kanada.

1997: Sixdegrees.com dinamakan sempena enam ijazah konsep pengasingan dan membolehkan pengguna menyenaraikan rakan-rakan, ahli-ahli keluarga serta kenalan dan melihat hubungan mereka dengan mana-mana pengguna lain di tempat itu. Ia merupakan satu daripada manifestasi pertama satu laman sosial dalam format yang dapat dilihat sekarang. Sixdegrees berakhir pada tahun 2007.

2002: Friendster.com mempunyai atas 115 juta pengguna berdaftar dan lebih daripada 61 juta pelawat yang unik setiap bulan global. Lebih daripada 90% trafik friendster datang dari Asia. laman web juga digunakan untuk bertarikh, menemui acara baru, kumpulan-kumpulan dan hobi.

2003: Myspace.com dilancarkan selepas pekerja-pekerja eUniverse dengan Friendster melihatnya berpotensi dan mengajuk ciri-ciri laman sosial yang lebih popular. Myspace menjadi laman sosial yang paling popular di Amerika Syarikat pada tahun 2006.

2006: Facebook.com ialah temberang laman rangkaian sosial yang paling popular 350 juta pengguna. Ia telah ditubuhkan oleh Mark Zuckerberg yang belajar di Universiti Harvard. Keanggotaan laman-laman web pada mulanya dibataskan oleh pengasas-pengasas ke Harvard pelajar-pelajar, tetapi ialah diperluas kepada kolej-kolej lain. 

2006: Twitter.com ialah satu laman rangkaian sosial yang membolehkan pengguna-penggunanya menghantar dan membaca mesej-mesej yang dikenali sebagai “tweets”. Ia digambarkan sebagai “SMS internet” dan popular serta meluas dengan kira-kira 5 juta pengguna.

2010: Google.com/buzz ialah laman sosial terbaru direka untuk menyatupadukan program berpangkalan web googles, G-mail. Buzz menumpukan pada menyatupadukan gambar-gambar, video-video dan hubungan-hubungan sebagai sebahagian daripada “perbualan-perbualan” aspek-aspek G-mail seperti perbualan pasang.


PANDANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA - DATO SRI NAJIB TUN RAZAK TERHADAP LAMAN SOSIAL

Soalan: Dato’ Sri adalah Perdana Menteri Malaysia pertama mempunyai laman sosial Facebook. Sejauhmanakah kemudahan ini membantu aspek pentadbiran Dato’ Sri?

Jawapan Najib: Antara kelebihan laman sosial Facebook ini ialah ia membolehkan saya berinteraksi secara langsung, sekali gus mendapat maklum balas serta merta daripada sesiapa jua seperti kawan, serta ulasan dan tindakan yang dilaksanakan olek kerajaan. Justeru, ini merupakan medium komunikasi yang sangat berkesan dalam membantu saya mendapatkan gambaran sebenar tentang bantuan serta kehendak  rakyat berhubung dengan isi tentu. (Najib Tun Razak).


                                                                                                  


Rujukan:
1. Peter K.Ryan, 2011, Social Networking (1st edition), Rosen Publishing, New York
2. Najib Tun Razak, 2010, Jawapan Najib: Meringkai Persoalan Semalam, Konflik Hari Ini dan Cabaran Masa Depan, Institut Terjemahan Negara Malaysia.


Disediakan oleh : 

Ang Lay Hoon  (107847)





Kesan Teknologi Baru Terhadap Masyarakat  

Posted by Quote de Unquote Group

Kebaikan
  • Pemberi maklumat dan hiburan kepada masyarakat
          -Teknologi baru mampu memberi masyarakat pelbagai maklumat dan pelbagai hiburan secara serentak. Hal ini kerana konsep pengabungan yang terdapat pada teknologi baru telah menyebabkan teknologi ini mampu mengabungkan pelbagai medium menjadi satu medium yang baru. Contohnya kewujudan laman sesawang seperti www.youtube.com telah membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat mengenai sesebuah kejadian yang tidak dipaparkan secara langsung atau sesebuah kejadian yang telah berlalu tetapi boleh didapati melalui laman sesawang ini yang menyimpan berjuta-juta video dari seluruh dunia. selain itu, masyarakat juga boleh memperolehi hiburan melalui video-video muzik artis tempatan sehingga ke antarabangsa boleh diperolehi daripada laman sesawang ini yang ditubuhkan pada tahun 2005.


  • Teknologi membuka ruang sfera awam kepada masyarakat untuk bersuara
          - Sfera awam menurut Peter Dahlgren (1991) merupakan sebuah konsep dalam konteks semasa yang menerangkan tentang keadaan masyarakat masa kini yang membincangkan mengenai bagaimana dan apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. selain itu, konsep sfera awam ini juga boleh digunakan untuk menerangkan tentang perkara yang biasa terjadi atau tatacara semulajadi. (Dahlgren, 1991)
             Kewujudan teknologi baru yang juga menyebabkan kewujudan laman sesawang www.blogger.com pada tahun 2003 telah membolehkan masyarakat meluahkan segala rasa atau pendapat mereka mengenai sesuatu perkara dalam laman web tersebut. selain itu, masyarakat juga boleh mengunakan medium untuk meluahkan minat mereka atau dijadikan kehidupan seharian mereka.



Keburukan
  • Teknologi mampu memberi kesan sosial yang negatif
         -Kebolehan masyarakat mengakses pelbagai maklumat telah menyebabkan sebahagian masyarakat telah menyalahgunakan medium tersebut untuk mendapatkan maklumat terlarang seperti seks, keganasan yang terlampau dan sebagaimya. Walaubagaimanapun, Teknologi merupakan medium yang mempengaruh yang tinggi dalam medidik masyarakat masyarakat. oleh itu, Nicholas Johnson ada mengeluarkan peryataan yang bermaksud " semua teknologi adalah teknologi yang mendidik tapi persoalannya apakah yang dididik oleh teknologi tersebut kepada masyarakat?"
          Peryataan diatas telah menunjukkan teknologi mempunyai pengaruh yang hebat dalam mendidik masyarakat tetapi ia terpulang kepada masyarakat. contohnya kebebasan dalam mengakses ke laman sesawang porno tanpa mengira usia telah menyebabkan jumlah kes pembuangan bayi kian meningkat. keadaan ini disebabkan oleh kegagalan masyarakat untuk mengunakan medium ini dengan betul telah menyebabkan teknologi memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat.


  • Teknologi mengawal kesedaran masyarakat.
          Peranan utama teknologi adalah untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara yang berlaku. (van Dijk, J., 2006) Namun, sumber maklumat yang beribu telah menyebabkan masyarakat secara tidak sedar menerima segala maklumat tersebut tanpa menapis maklumat itu sama ada ia benar atau tidak. contohnya penyebaran video mengenai seorang budak perempuan China yang dilanggar dan tidak dihindarkan oleh masyarakat telah menyebabkan masyarakat yang mengetahui isu itu menyalahkan masyarakata China kerana tidak berperikemanusiaan.
link dibawah ini merupakan video tersebut...
http://www.youtube.com/watch?v=XzNDp32VxPY

namun, kebenarannya terjawab apabila beberapa akhbar online menyatakan bahawa peraturan negara China sendiri yang menetapkan peraturan setiap kemalangan yang dibantu oleh individu tersebut perlu menanggung kesemua kos perubatan dan sebagainya yang melibatkan mangsa yang dibantunya.
Hal ini menunjukkan bahawa minda masyarakat mampu dikawal oleh teknologi melalui lambakan maklumat yang disediakan oleh medium teknologi tersebut.


Rujukan
  1. O'Shaughnessy, M. dan Stadler, J., 2005, Media and Society: an introduction (edisi ketiga) Melbourne: Oxford University Press
  2. Dahlgren, P. 1991, Introduction in Dahlgren & Sparks, eds, Communication and Citizenship: Journalism and the Public Sphere, London: Routledge
  3. Jeffers, L.W., 1997, Mass Media effects, Prospect Height, Illnois: Waveland Press.
  4. van Dijk, J,. 2006, The Network Society, London: Sage Production



Dibuat oleh:
Muhammad Shahbudin Bin Mohamad Ali Wong (107895)