GLOBALISASI DAN LAMAN SOSIAL MASA KINI  

Posted by Quote de Unquote Group


Menurut Armand Mattlelart, globalisasi merupakan suatu perkataan rumit dan tanggapan yang memberikan kesan kepada pasaran dan dunia tanpa masyarakat menyedari kewujudannya. Sambunganya lagi, fenomena globalisasi ini telah menjadi suatu perkara yang amat diperlukan oleh masyarakat dalam membina hubungan komunikasi antara seseorang individu ataupun masyarakat daripada budaya yang berlainan.


Dengan tercetusnya fenomena globalisasi, kemasukan media baharu telah dapat dikesan. Internet merupakan contoh yang tepat sekali untuk menerangkan media baharu. Apakah itu Internet yang dikaitkan dengan media baharu? Rangakaian Internet adalah suatu rangkaian yang terbaru, paling banyak dibincangkan dan lebih-lebih lagi merupakan suatu rangkaian yang paling bermakna dalam media baharu. ( Flew, 2002 ).

Kewujudan media baharu telah menjadikan penumpuan terhadap komunikasi dan media sosial menjadi suatu kebiasaan kepada setiap golongan individu. Namun, kewujudannya kurang disedari oleh masyarakat dan hanya segelintir yang mengambil peluang untuk memanfaatkan kelebihan yang dibawa oleh globalisasi.
Impak yang dibawa oleh globalisasi telah menghapuskan halangan komunikasi yang dahulunya berlaku dalam kalangan masyarakat! Kini, individu-individu yang mempunyai minat dan kegemaran yang sama selain berasal dari setiap pelosok dunia mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain tidak kira budaya dan bahasa yang digunakan. Kehadiran globalisasi dalam era teknologi ini, telah membawa rangkaian media baharu iaitu Internet. Daripada kewujudan Internet,  laman-laman sosial seperti Facebook telah mula diwujudkan. Ini menjadikan komunikasi sudah tidak lagi mempunyai HALANGAN!

Sebagai contoh, untuk menunjukkan bahawa komunikasi antara individu sudah tidak lagi mempunyai batu penghalang ialah dengan penggunaan laman sosial Facebook. Facebook kini sudah menjadi tren dan untuk difahami dengan lebih jelas, laman sosial Facebook telah menjadi darah daging dalam diri setiap individu tidak kira peringkat umur. Ada di antara rakan-rakan saya yang mempunyai ibu bapa mereka dalam senarai kawan-kawan mereka di Facebook. Ini bermakna Facebook bukan hanya ditakluki oleh golongan remaja masa kini, tetapi juga orang dewasa seperti ibu bapa kita, bapa dan ibu saudara serta tidak lupa juga kepada guru-guru dan pensyarah. Selain itu, rakan-rakan kita yang berada dalam  akaun Facebook kita juga ada antaranya berasal dari negara yang berlainan. Kebanyakan daripada individu kini gemar berkawan dengan individu-individu yang berasal dari luar negara atas minat dan kegemaran yang sama. Selain itu, ada lebih baik sekiranya kita mempelajari dan memahami budaya dan adat yang diamalkan di negara yang berbeza supaya sifat prejudis yang terdetik dalam diri kita berkenaan masyarakat negara lain dapat dihapuskan. Oleh itu, globalisasi yang wujud telah membolehkan kewujudan laman sosial yang memudahkan orang ramai untuk berhubung tidak kira warna kulit, jenis budaya dan bangsa. Kehadiran laman sosial Facebook dalam era globalisasi ini telah mewujudkan budaya komunikasi yang sangat mudah dan efisien. Sesiapa sahaja mampu untuk berhubung antara satu sama lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Namun, untuk berhubung, setiap individu perlu mempunyai kemudahan komputer dan juga sambungan talian Internet. Kini, individu tidak perlu bergantung kepada komputer untuk melayari Internet, penggunaan telefon bimbit telah menjadi medium kedua untuk berhubung menggunakan Internet.
Terima Kasih kepada pencipta laman sosial Facebook, MARK ZUCKERBERG... “ Due to your invention, our life are much more connected”








Globalisasi yang membawa pengaruh terhadap tingkat teknologi era ini, telah mewujudkan cara baharu untuk sesebuah perniagaan. Kaedah baharu perniagaan yang diperkatakan ini adalah perniagaan dalam talian. Dengan wujudnya perniagaan dalam talian ini, ahli-ahli perniagaan mudah untuk menarik potensi sasaran pelanggan mereka ke arah pasaran perniagaan mereka.





Perniagaan melalui talian yang dicetuskan melalui globalisasi membantu dalam menjimatkan masa, merapatkan jarak yang jauh dan memudahkan proses-proses kajian yang kompleks dalam sesebuah perniagaan. Di samping itu, perniagaan yang dijalankan menerusi talian “online” ini membolehkan komunikasi yang lebih efektif bersama pelanggan yang berpotensi dalam memberikan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. 
( Amir Milson, 2010 ).

Seperti yang dapat dilihat kini, masyarakat lebih gemar untuk melakukan pembelian “online”. Bagi mereka, kaedah ini lebih mudah dan amat bertepatan dengan gaya kehidupan mereka yang semakin hari semakin sibuk dengan hal-hal pekerjaan dan lain-lain. Tanpa disedari atau disedari, kesan globalisasi membawa suatu kesenangan dalam kalangan masyarakat.



Kesimpulannya, kehadiran globalisasi didorong oleh kewujudan Internet dan media-media sosial yang membolehkan seluruh budaya disebarkan di seluruh dunia tanpa ada batasan. Corak dan rentak dunia yang semakin seragam menyebabkan globalisasi berlaku di mana-mana sahaja dan fenomena ini kian hari kian tercetus dengan lebih cepat dan pantas. Keadaan ini mampu menghasilkan satu budaya yang tunggal di mana ciri-ciri setiap pelosok dunia mempunyai kesamaan.


RUJUKAN

1) Armand Mattlelart, The Idea of Globalization

2) Terry Flew, 2002

3) Amir Milson, 2010

4) Sofia Hayati, The Impact of Globalization Through Media



Disediakan oleh,

Cassandra Gail Pasqual ( 107854 )











This entry was posted on Saturday 19 November 2011 at 13:24 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment