Perbezaan Teknologi Tradisional Dengan Teknologi Baru  

Posted by Quote de Unquote Group


ASPEK LATAR BELAKANG
Secara umumnya, pada mulanya Teknologi Tradisional merupakan Teknologi atau alat komunikasi yang dihasilkan tanpa mempunyai unsur pengabungan, dengan teknologi komunikasi yang lain. Namun, perkembangan demi perkembangan yang berlaku telah menyebabkan teknologi tradisional ini turut berkembang dengan kewujudan teknologi yang melibatkan aspek elektrik sehingga wujudnya teknologi komunikasi seperti Televisyen dan radio pada lewat 20-an. Perkembangan ini terus berkembang sehingga wujud media digital, media sosial dan sebagainya. (Dominick, 2011)

Rajah dibawah ini merujuk kepada proses kewujudan teknologi tradisional wujud mengikut rangka masa





 Manakala perkembangan Teknologi Baru atau Internet pula adalah seperti kronologi dibawah

1882 - Babbage (digelar bapa komputer) mencipta mesin kira-kira seperti kalkulator

1946 - ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator) iaitu komputer serbaguna bersaiz besar untuk membuat kira-kira dengan pantas. Digunakan untuk tujuan ketenteraan
1957 - Kesatuan Soviet melancarkan Sputnik,   satelit pertama

1962 - Amerika Syarikat mempergiatkan   penyelidikan ketenteraan untuk   menghasilkan sistem
  komunikasi yang   ‘decentralized’. Idea ‘a packet switched   network’ dicadangkan oleh Rand Paul Baran
1969 - ARPANet (Advanced Research Projects Agency Network) ditubuhkan, menghubungkan 4 node iaitu University of California (Los Angeles), SRI (Stanford), University of California (Santa Barbara) dan University of Utah

  **Pada permulaan digunakan oleh golongan tertentu spt saintis dan pakar komputer
    1991 - penggunaan dibuka kepada pengguna komersia (Dominick, 2011) 


ASPEK CIRI-CIRI
TEKNOLOGI TRADISIONAL
-Bercetak contohnya seperti surat khabar, majalah dan sebagainya.
                             



-Fotografi dan filem seperti cerita, gambar-gambar yang dipertontonkan dalam televisyen atau majalah atau surat khabar.



 -Berelektronik seperti televisyen dan radio

 TEKNOLOGI BARU
-melibatkan konsep pengabungan iaitu konsep yang mengabungkan semua konsep teknologi menajadi satu konsep seperti rajah disebelah
     -rajah disebelah ini menunjukkan pengabungan teknologi seperti telefon selular dengan telefon bimbit yang boleh akses internet telah menyebabkan wujudnya telefon pintar seperti I-Phone dan sebagainya.










selain itu, menurut van Dijk, J, 2006 ada menyatakan 2 trend teknologi baru seperti
  1. Perminian
          -trend in menerangkan tentang sesebuah teknologi bersaiz kecil berbanding teknologi sebelumnya. contohnya, kemunculan komputer riba menunjukkan proses perminian sedang berlaku dalam teknologi komunikasi. selain itu, konsep perminian ini juga merujuk kepada perminian cip komputer atau memori komputer atau telefon. contohnya dapat dilihat kepada cip atau kad memori telefon yang semakin mengecil berbanding sebelumnya.

  

      2.  Teknologi tidak berwayar

          -trend ini merujuk kepada konsep teknologi ICT yang sudah tidak mengunakan wayar sepertimana yang dilakukan kepada teknologi sebelum in seperti telefon berwayar atau saluran internet mengunakan jalinan wayar elektrik untuk mendapatkan sambungan internet. Namun, perkembangan trend teknologi baru telah menyebabkan teknologi ini turut berkembang. contohnya kewujudan telefon bimbit yang tidak berwayar dan pengunaan WIFI (wireless local area network (WLAN)) untuk mendapatkan sambungan internet.
 

 Kesimpulannya, teknologi tradisional dan teknologi baru mempunyai aspek latar belakang dan ciri-ciri yang berbeza. Walaubagaimanapun, kewujudan teknologi-teknologi ini mempunyai kaitan dengan penyebaran ideologi yang ingin dilakukan oleh penyebar ideologi terutamanya seperti ahli politik yang mewujudkan medium ini untuk memudahkan proses penyebaran ideologi politik mereka kepada masyarakat terutamanya semasa pemilihan raya kelak.

 RUJUKAN
  1. Dominick. 2011. The Dynamics Of Mass Communication: Media in The Digital Age, 10th ed. Avenue of the Americas, New York.
  2. van Dijk, J., 2006, The Network Society, London: Sage Production (Bab 3)
D

Dibuat oleh: Muhammad Shahbudin Bin Mohamad Ali Wong (107895)







This entry was posted on Thursday 3 November 2011 at 06:36 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment