Kesan Teknologi Baru Terhadap Masyarakat  

Posted by Quote de Unquote Group

Kebaikan
  • Pemberi maklumat dan hiburan kepada masyarakat
          -Teknologi baru mampu memberi masyarakat pelbagai maklumat dan pelbagai hiburan secara serentak. Hal ini kerana konsep pengabungan yang terdapat pada teknologi baru telah menyebabkan teknologi ini mampu mengabungkan pelbagai medium menjadi satu medium yang baru. Contohnya kewujudan laman sesawang seperti www.youtube.com telah membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat mengenai sesebuah kejadian yang tidak dipaparkan secara langsung atau sesebuah kejadian yang telah berlalu tetapi boleh didapati melalui laman sesawang ini yang menyimpan berjuta-juta video dari seluruh dunia. selain itu, masyarakat juga boleh memperolehi hiburan melalui video-video muzik artis tempatan sehingga ke antarabangsa boleh diperolehi daripada laman sesawang ini yang ditubuhkan pada tahun 2005.


  • Teknologi membuka ruang sfera awam kepada masyarakat untuk bersuara
          - Sfera awam menurut Peter Dahlgren (1991) merupakan sebuah konsep dalam konteks semasa yang menerangkan tentang keadaan masyarakat masa kini yang membincangkan mengenai bagaimana dan apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. selain itu, konsep sfera awam ini juga boleh digunakan untuk menerangkan tentang perkara yang biasa terjadi atau tatacara semulajadi. (Dahlgren, 1991)
             Kewujudan teknologi baru yang juga menyebabkan kewujudan laman sesawang www.blogger.com pada tahun 2003 telah membolehkan masyarakat meluahkan segala rasa atau pendapat mereka mengenai sesuatu perkara dalam laman web tersebut. selain itu, masyarakat juga boleh mengunakan medium untuk meluahkan minat mereka atau dijadikan kehidupan seharian mereka.



Keburukan
  • Teknologi mampu memberi kesan sosial yang negatif
         -Kebolehan masyarakat mengakses pelbagai maklumat telah menyebabkan sebahagian masyarakat telah menyalahgunakan medium tersebut untuk mendapatkan maklumat terlarang seperti seks, keganasan yang terlampau dan sebagaimya. Walaubagaimanapun, Teknologi merupakan medium yang mempengaruh yang tinggi dalam medidik masyarakat masyarakat. oleh itu, Nicholas Johnson ada mengeluarkan peryataan yang bermaksud " semua teknologi adalah teknologi yang mendidik tapi persoalannya apakah yang dididik oleh teknologi tersebut kepada masyarakat?"
          Peryataan diatas telah menunjukkan teknologi mempunyai pengaruh yang hebat dalam mendidik masyarakat tetapi ia terpulang kepada masyarakat. contohnya kebebasan dalam mengakses ke laman sesawang porno tanpa mengira usia telah menyebabkan jumlah kes pembuangan bayi kian meningkat. keadaan ini disebabkan oleh kegagalan masyarakat untuk mengunakan medium ini dengan betul telah menyebabkan teknologi memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat.


  • Teknologi mengawal kesedaran masyarakat.
          Peranan utama teknologi adalah untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara yang berlaku. (van Dijk, J., 2006) Namun, sumber maklumat yang beribu telah menyebabkan masyarakat secara tidak sedar menerima segala maklumat tersebut tanpa menapis maklumat itu sama ada ia benar atau tidak. contohnya penyebaran video mengenai seorang budak perempuan China yang dilanggar dan tidak dihindarkan oleh masyarakat telah menyebabkan masyarakat yang mengetahui isu itu menyalahkan masyarakata China kerana tidak berperikemanusiaan.
link dibawah ini merupakan video tersebut...
http://www.youtube.com/watch?v=XzNDp32VxPY

namun, kebenarannya terjawab apabila beberapa akhbar online menyatakan bahawa peraturan negara China sendiri yang menetapkan peraturan setiap kemalangan yang dibantu oleh individu tersebut perlu menanggung kesemua kos perubatan dan sebagainya yang melibatkan mangsa yang dibantunya.
Hal ini menunjukkan bahawa minda masyarakat mampu dikawal oleh teknologi melalui lambakan maklumat yang disediakan oleh medium teknologi tersebut.


Rujukan
  1. O'Shaughnessy, M. dan Stadler, J., 2005, Media and Society: an introduction (edisi ketiga) Melbourne: Oxford University Press
  2. Dahlgren, P. 1991, Introduction in Dahlgren & Sparks, eds, Communication and Citizenship: Journalism and the Public Sphere, London: Routledge
  3. Jeffers, L.W., 1997, Mass Media effects, Prospect Height, Illnois: Waveland Press.
  4. van Dijk, J,. 2006, The Network Society, London: Sage Production



Dibuat oleh:
Muhammad Shahbudin Bin Mohamad Ali Wong (107895)

This entry was posted on Thursday 3 November 2011 at 08:50 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment