Laman Web Sosial- FACEBOOK
Facebook, laman web sosial yang popular pada masa kini. Ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kepada kebanyakan pengguna Internet. Facebook telah membolehkan orang ramai untuk berkongsi dan berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan. (http://www.facebook.com/facebook)
Berikut adalah beberapa statistik mengenai Facebook :
1. 1. Facebook mempunyai lebih daripada 800 million pengguna aktif.
2. 2. Lebih daripada 50% pengguna aktif melayari Facebook setiap hari.
3. 3. Secara purata, setiap pengguna mempunyai 130 kawan.
4. 4. Lebih daripada 70 jenis bahasa digunakan dalam Facebook.
5. 5. Secara purata, lebih daripada 250 million gambar telah dimaut ke Facebook setiap hari.
6. 6. Malaysia mempunyai 11,816,200 orang pengguna Facebook iaitu 45.17% daripada populasi Malaysia.
(http://www.businessinsider.com/how-facebook-was-founded-2010-3).
Walau bagaimanapun, Facebook telah membolehkan Mark Zuckerberg menjadi seorang jutawan yang paling muda di dunia. Pada November 2011, Zuckerberg berada pada tempat 52 dalam Forbes Billionaires. (http://www.forbes.com/profile/mark-zuckerberg/)
Mengikut pandangan Ithiel De Sola Pool dalam bukunya “The Technology of Freedom”, teknologi telah digunakan untuk kebebasan di mana lambakan informasi adalah bebas dari segi fakta regulasi dan juga dapat mewujudkan kekayaan, demokrasi dan komunikasi. Terdapat 4 revolusi dalam komunikasi iaitu penciptaan penulisan, pencetakan, telegraf dan “great revolution” oleh “intelligent machine”. Kini, masyarakat kita berada pada revolusi keempat iaitu “great revolution”. Orang ramai berkomunikasi dengan mesin yang canggih iaitu yang biasa dikenali sebagai komputer. Kita berhadapan dengan produk yang baru setiap masa. Facebook merupakan produk yang membolehkan orang ramai berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer dan internet tanpa sempadan.
Pool juga beranggapan bahawa teknologi komunikasi membawa revolusi dan mengubah struktur asas masyarakat dengan membawa banyak kemudahan kepada masyarakat dalam kehidupan mereka. Facebook telah memudahkan kehidupan masyarakat kerana ia membolehkan orang ramai berhubung tanpa sempadan dan mesej dapat dihantar dengan cepat sekali. Buat masa sekarang, Facebook masih menjadi pilihan utama laman web sosial oleh masyarakat.
RUJUKAN
1. 1. (http://www.facebook.com/facebook)
6. 6. Ithiel De Sola Pool, The Technology of Freedom,1983.
jjj
DISEDIAKAN OLEH :
TEOH HUOI CHIN ( 107949 )
6.
This entry was posted
on Sunday, 13 November 2011
at 08:53
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.

