LATAR BELAKANG DAN PERBANDINGAN CIRI-CIRI MEDIA CETAK SERTA TELEVISYEN  

Posted by Quote de Unquote Group

Saya pasti bahawa kebanyakan daripada kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang sejarah perkembangan media cetak dan televisyen. Oleh itu, saya akan cuba meringkaskannya supaya post saya tidak begitu membosankan.


Media Cetak

Komunikasi moden bermula pada tahun 1440 semasa Johannes Gutenberg dari Mainz, Germany  mencipta ‘movable type printing’. Sekitar 1445, beliau telah menerbitkan karya agung beliau iaitu the Gutenberg Bible. Cara penerbitan yang dicipta oleh Gutenberg tidak mengalami sebarang perubahan besar sehingga abad ke-20.

      Johannes Gutenberg dan rakan-rakannya sedang menkaji lakaran bagi                              Lakaran mesin  pencetak pertama
      penciptaan mesin cetak ‘movable type’
    
             Perkembangan media cetak sangat cepat. Semasa U.S. Constitution (July 9, 1778) ditandatangani, Amerika Syarikat sudah menpunyai 32 jenis suratkhabar, kebanyakannya adalah mingguan dengan penerbitan sebanyak 40 000 naskah seminggu. Sehingga 1880-an dan 1890-an, kebanyakan majalah adalah kecil, mahal dan dilanggani oleh golongan kaya sahaja. Selama 100 tahun, suratkhabar mempunyai persaingan yang amat kecil daripada media yang lain sebagai sumber berita dan maklumat sehinggalah munculnya media-media seperti telegraf, radio dan televisyen pada abad ke-20.

      Suratkhabar di Amerika Syarikat pada 1800-an                                  Wall Street Journal di Amerika Syarikat

Televisyen
    Televisyen merupakan sumber utama berita dan maklumat bagi majoriti masyarakat sekarang. Sejarah perkembangan televisyen telah bermula daripada 1876 sehingga sekarang.  Teknologi televisyen masih mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan pada abad ke-21 ini. Contohnya, dengan kemunculan LED TV dan 3D TV yang amat popular kebelakangan ini.
     Antara peristiwa yang penting dalam sejarah perkembangan televisyen ialah :
1897 - Karl Ferdinand Braun menciptakan  CRT dengan layar yang berkelip-kelip jika terkena sinar. Penciptaan tersebut memulakan dasar awal dalam sejarah televisyen layar berdasarkan tiub.


1900 – Bermulanya penggunaan nama ‘televisyen’. Constatin Perskyl berkata bahawa  tele ( jauh ) dan vision ( tamapak ) apabila digabungkan akan menjadi ‘television’.

1907 - Rosing dan Campbell Swinton melakukan percubaan terpisah yang menggunakan sinar katoda ( cathode ) untuk mengirimkan imej visual antara satu sama lain.

1925 - John Logie Baird menunjukkan transmisi daripada gambar bayangan hitam bergerak di London.

1929 - Vladimir Zworykin dari Rusia menyempurnakan perkembangan tiub katoda (cathode ) dan kemudian menamakannya dengan kinescope. Penemuan beliau mengembangkan teknologi yang dimiliki CRT ( Cathode Ray Tube ).

1940 - Peter Goldmark mencipta televisyen berwarna dengan resolusi mencapai 343 garis.

1975 – Larry Weber seorang ilmuwan dari Universiti Illionis mulai merancang layar plasma berwarna.

1995 – Larry Weber menyempurnakan projek layar plasmanya dengan menciptakan layar plasma yang lebih stabil dan cemerlang.

2000 tahun ke atas - Perkembangan produk LCD, Plasma TV, LED TV dan sebagainya.



      





Perbandingan Ciri-ciri Media Cetak dan Televisyen
     Sebagai sumber maklumat, media cetak dan televisyen mempunyai kebaikan masing-masing. Televisyen mampu melaporkan berita lebih cepat daipada suratkhabar tetapi tidak dapat melaporkan berita dengan terperinci seperti suratkahabar. Televisyen cuma dapat malaporkan ‘headline news’ sahaja.
    Suratkhabar juga didapati lebih memudahkan pembacanya kerana suratkhabar dapat dibawa ke mana-mana sahaja dan dibaca pada bila-bila masa.Selain itu, suratkhabar juga dapat disimpan sebagai rekod dengan lebih mudah berbanding dengan rancangan televisyen.
   Akan tetapi, manusia lebih terpengaruh dan tertarik dengan visual yang bergerak yang cuma dapat dilengkapi oleh televisyen dan bukannya media cetak. Pada pendapat sesetengah orang, mereka berasa bahawa dengan menonton berita dalam televisyen, berita tersebut akan kekal dalam memori mereka dengan lebih lama dan mendalam berbanding dengan media cetak yang memerlukan pembacaan.
    Kesimpulannya, media cetak dan televisyen mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap audiens masing-masing. Walau bagaimanapun, fungsi bagi kedua-dua media tersebut sebagai sumber maklumat telah semakin digantikan dengan Internet yang digemari oleh golongan muda sekarang.





Bibliografi
Fred Fedler ( 1978 ) An Introduction To The Mass media, United States of America : Harcout Brace Jovanich,Inc. pg 4-7


From,
Teo Yi Ting, (110024)

This entry was posted on Wednesday 19 October 2011 at 10:30 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment