Media Massa dan Kehidupan Seharian  

Posted by Quote de Unquote Group

  Seiring dengan arus ledakan ciptaan sains dan teknologi yang canggih ini, boleh dikatakan media massa berada di mana-mana sahaja dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, suratkhabar yang menyiarkan berita tempatan dan luar negara yang terkini, radio memainkan lagu-lagu baharu, majalah yang menawarkan hiburan kepada pembaca dan sebagainya.




  Menurut kajian industri media massa,kebanyakan orang dewasa kini menghabiskan lebih separuh masa dalam sehari dengan media massa berbanding dengan masa yang digunakan untuk tidur. Maka, jenis media massa yang digunakan akan mempengaruhi seseorang dari segi ekonomi, budaya dan sosial. Dengan kata lain, media massa kini boleh mempengaruhi cara seseorang makan, perbelanjaan, belajar dan berehat.(Veronis,Suhler,Stevenson Communications Industry Forecast).
  Pada tahun 1930-an, rumah seseorang perlu mempunyai elektrik. Dengan adanya elektrik barulah isi rumah tersebut boleh mendengar radio. Maka, kedudukan perabot juga perlu letak berhampiran dengan soket elektrik barulah mereka mampu untuk mendengar radio  bersama-sama. Pada tahun 1950-an, sesebuah televisyen harus mempunyai antena dan letak berhampiran dengan soket elektrik untuk memperoleh berita terkini menerusi televisyen. Pada tahun 1990-an, seseorang masih perlu bergantung kepada soket elektrik di rumah dan tempat kerja untuk  kegunaan komputer.

 

  Akan tetapi, teknologi kini mencipta sesuatu yang menakjubkan iaitu media massa wayarles (Wi-fi)- singkatan bagi Wireless Fidelity. Teknologi yang baru ini memudahkan masyarakat mengakses kepada pelbagai jenis media di mana-mana sahaja tanpa menggunakan wayar. Sebagai contoh, seseorang boleh mendengar radio menerusi satelit, memuat turun gambar, lagu daripada internet ke telefon bimbit, menonton rancangan kegemaran sama ada kartun, berita atau drama secara mudah alih. Teknologi wayarles ini bermakna seseorang boleh membawa media ke mana-mana sahaja dan bebas menghantar dan menerima mesej pada bila-bila masa sahaja. Rakyat di negara Melbourne, Australia, Ian Bell of England suka membawa telefon bimbit yang merupakan alat ciptaan wayarles untuk memancing. Sistem komunikasi global ini menggunakan teknologi satelit, penyiaran, kabel dan komputer untuk menghubungkan semua orang di dunia dalam pelbagai bidang. Pada yang sama, teknologi ini semakin murah dan mudah didapati di mana-mana sahaja.




  Di Amerika, terdapat lapan jenis media massa industri ataupun dikenali sebagai media massa perniagaan. Istilah ‘perniagaan’ ini merujuk kepada menjana pendapatan. Antara lapan jenis media massa industri ialah buku, suratkhabar, majalah, rakaman, radio, wayang, televisyen dan internet. Di Malaysia pula, kita membahagikan media massa ini kepada dua kumpulan iaitu media cetak dan media elektronik. Antara lapan jenis media massa industri ini,  internet merupakan media yang paling gemar digunakan oleh masyarakat. Internet telah menjadi media massa yang terbaru dan merupakan sistem penyampaian yang bersepadu untuk media cetak, audio dan video tradisional.  Secara ringkasnya, internet merupakan alat yang penting dari aspek komunikasi (penggunaan mel elektronik), pembekal informasi, fasilitas untuk promosi, perdagangan elektronik (Electronic Commerce), persidangan video dan sebagainya. Setakat ini, tiada media yang berupaya menggantikan kedudukan media internet yang begitu canggih dan mudah diakses.





Bibliografi :
Shirley Biagi (2007). Media / Impact: An Introduction To Mass Media, USA : Wadsworth Cengage Learning.

From :
Jayslyn Saw Song Lin ( 107874)

This entry was posted on Sunday 16 October 2011 at 09:02 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment